Gurindam Fasal yang Kelima Jika hendak mengenal orang berbangsa lihat kepada budi dan bahasa.
Jika hendak mengenal orang berbahagia sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai- lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Jawapan saya: Gurindam berbentuk distikon. Gurindam ini mempunyai 6 stanza. Tema gurindam ini ialah perilaku manusia menunjukkan isi hati mereka. Manusia juga dinilai daripada perilakunya.
Dari stanza pertama, penyajak sedang menyampaikan sebuah mesej kepada kami. Mesej yang ingin disampaikan di stanz aini ialah budi dan bahasa penting. Orang ramai yang ingin berkenal dan berkawan dengan kita akan melihat perilaku kita, Orang yang berbudi dan berbahasa adalah orang yang berbangsa. Oleh itu, dengan budi dan bahasa akan dikenali sebagai orang berbangsa.
Dari stanza kedua, penyajak fokus kepada cara seseorang menggunakan masanya. Orang yang melakukan perkara yang sia-sia tidak akan hidup bahagia. Apabila seseorang yang ingin mencari kawan yang bahagia, mereka akan melihat kelakuan dan aktiviti kita. Seseorang yang bahagia tidak akan membazir masa mereka kepada aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Di sini, penyajak memberitahu kita bahawa seseorang akan berkenal dengan orang berbahagia kerana orang bahagia tidak membazir masa. Masa itu amay berharga.
Di stanza ketiga, persoalannya ialah kelakuan manusia. Manusia dinilai daripada tingkah laku mereka. Contohnya, orang yang mulia mempunyai tingkah laku yang baik. Mereka tidak akan berperangai buruk. Mulia di sini bermakna bersikap positif. Oleh itu, orang ramai hanya akan berkenalan dengan orang mulia kerana perilaku mereka.
Persoalan di stanza keempat ialah, tidak putus asa dalam pelajaran. Orang yang berilmu tidak akan jemu ataupun putus asa semasa belajar. Mereka akan sentiasa bertanya apabila sedang kehilangan ataupun tidak faham sesuatu. Manusia yang bersikap begini dikenali sebagai orang yang berilmu. Jika kita mahu berkenalan dengan orang yang berilmu, sikap-sikap seperti ini yang harus kita nilai. Sikap positif begini berguna dan harus ada dalam setiap individu.
Stanza kelima menerangkan kepada kami tentang orang yang pandai. Mereka yang bijak akan melakukan perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti yang baik, berfaedah dan bermanfaat. Manusia yang bersikap begini dikenali sebagai orang yang berakal. Bekalan yang bermanfaat ini dapat digunakan dalam pelajaran hidup kami. Bekalan ini juga dapat digunakan selepas kita meninggal dunia contohnya pahala.
Stanza terakhir menerangkan kepada kita mengenai perangai seseorang. Orang yang baik perangai dapat dinilai daripada orang ramai yang mereka bercampur dengan. Orang yang baik perangainya akan bergaul dengan kawan yang jahat ataupun buruk perangai. Orang ramai juga dapat mempengaruh perangai kita.